Want your
own Fotopage?














 
Sesaat memori indah terpahat di ingatan...

By: Fiza Faisal Farisha

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-May-2007 10:00 Email | Share | Bookmark
Dugaan lg buatku....

 
 
 
 
 
 
04-05-2007
Hari ni hari pertma aku di rumah. Semlm aku discharge dr wad lepas disahkan sihat. Hannah pun sihat. Pg ni aku bersihkan Hannah, mak sibuk kemas2 brg sb ptg ni mak nak pegi umrah. Walaupun aku sedih n risau sb aku br je bersalin, kene berpantang sendiri... tp kupujuk hati, alah mak pegi kejap je, 13 hari je. Insya Allah aku boleh jg diri sendiri dan yg penting Hannah....
Pg tu dlm kul 10pg, aku call klinik desa kg pasir utk rekodkan kelahiran dan minta nurse buat lawatan utk pemeriksaan rutin. Sbl aku call klinik tu, aku perasan badan Hannah hangat je.... Aku minta nurse dtg rumah mak hari ni utk tgk Hannah.
Mak n ayah pergi ke KLIA pukul 11 lebih, Suamiku yg hantar. Tinggal aku di rumah bersama sepupuku. At least ade org jenguk2 aku. Sbl mereka bertolak, ade nurse dtg check Hannah. Katanya mmg Hannah demam, suhunya 38darjah. Ya Allah, hannah demam... baru brape hari lahir.. kesiannya.... pastu aku perasan pd badan Hannah ade mcm ruam tp bernanah. Aku runsing. Nurse advice suruh pergi ke klinik komuniti Au2 utk pemeriksaan lanjut, katanya ade doktor di sana. Mujur nurse kg pasir tu dtg cpt... so aku kata suamiku kene hantar ayah dan mak aku ke KLIA dulu, nti ptg aku ke klinik.
Ptg tu lps zohor, aku tgk Hannah diam je.. panas badannya tak kurang. Kasihannya anakku... DLm hati aku berdoa, Ya Allah jgn lah kau timpakan musibah pd ku... selamatkanlah anakku....
Suamiku pulang dr KLIA jam 4ptg... aku kata cepat sb klinik tutup kul 5.30... Cepat2 kami bw Hannah ke klinik AU2. Sampai di sana, aku tutup Hannah sb cuaca panas terik. Dlm hati berdoa agar Hannah takde ape-ape. Aku disuruh ke bhg pesakit luar, doktor check Hannah, mmg suhu badannya tinggi. Doktor masukkan ubat dlm duburnya. Hannah budak baik, dia diam je............
Pastu doktor advice suruh refer ke HUKM semula. Dia buatkan surat reference dan minta aku ke sana segera. Hancur luluh hatiku.... belum hilang sakit bersalin, dh kene hantar Hannah ke hospital semula......... Ptg tu juga aku dan suami bw Hannah ke HUKM, on the way aku call mak beritahu Hannah kene pergi hospital. Dlm kereta, aku lihat Hannah diam je........ mungkin dia sakit dan mengerti ibunya juga sakit. Aku menangis sb aku tak smpai hati tgk Hannah sakit, yg paling sedih, sakit ku melahirkan Hannah tak hilang lg, dh kene hantar Hannah ke hospital. Hati ibu mana yg tk sedih lihat anaknya sakit? Suamiku juga menitiskan air mata sb sedih melihatkan Hannah yg sakit...... air mata kami mengiringi Hannah sepnj perjalanan ke HUKM.
Smpai di sana, aku terus ke bhg kecemasan. Dgn sakit jahitan yg tk pulih lg, dgn badan yg sakit2 sb br bersalin, kugagahkan diri dukung Hannah ke kaunter wad kecemasan. Masa tu aku sakit tak terkata... yelah luka bersalin masih berdarah, dh kene angkat Hannah yg beratnya 3kilo lebih, pastu kene jln kaki kesana sini... bayangkanlah peritnya aku masa tu. Suamiku pula ke hulu hilir uruskan kemasukan Hannah ke wad kecemasan utk pemeriksaan lanjut.
Masuk je dlm ER, kami ditempatkan di bilik ER9. Waktu tu aku minta wheelchair utk bergerak. Mana larat nk jln smbil bw Hannah. Smpai di dlm ER9, aku nmpak nurse cucuk tgn Hannah utk ambil drh utk diuji. Ya Allah, tgn Hannah manade daging, br lahir lg dh dicucuk.. nmpak kebiruan tangannya dicucuk drip... Hannah ku sayang, kuatkan semangatmu... ummi akan sentiasa menemanimu nak...... aku tahan air mata ni dr mengalir.... tk smpai hati tgk hannah diperlakukan begitu...
Sepnj menunggu di ER, ramai nurse dan pekerja ER tegur Hannah, katanya Hannah putih, tembam.. mcm2 lg... aku senyum je. Pastu suamiku dtg, dktor yg memeriksa Hannah kata kene tunggu dlm ER utk dpt kan keputusan ujian drh td selama 2 jam. Tunggu lg... sepnj penantian tu, kami suami isteri kebuluran. Hannah diam je... aku nk menyusukan dia, tp susu ku belum keluar, yelah br bersalin, berurut pun belum.... kesiannya anakku.............. dia diam je mungkin mengerti kesusahan yg kami alami.
Oleh sb tk tahan lapar, aku suruh suamiku keluar beli makanan... kami kenduri roti bun dlm ER... cukuplah buat alas perut. Tepat jam 8mlm, doktor dr NICU dtg dan memberi perkhabaran yg menyedihkan. Hannah kene tahan wad. Aku angguk tanda setuju... yelah aku tak sanggup biar dia sakit, aku nk jg pun tk reti... dgn keadaan aku yg mcm ni... So aku dan Hannah disorong ke NICU. Kata doktor Hannah kene diletakkan dlm bilik khas sb takut jangkitan kulitnya menjangkiti bayi2 lain dlm NICU tu..... dan dia perlu dipantau sb kata doktor, bayi baru lahir kalau ade temperature, mmg bahaya. Aku diam je, dlm hati berdoa agar Hannah cpt sembuh.
Sampai d NICU, Hannah terus dimandikan dgn antiseptik. Lps tu diberi susu formula. AKu menangis lg, kasihan Hannah baru lahir dh diberi susu formula. Semua ni gara-gara badanku belum menghasilkan susu. Aku yg dukung Hannag dan beri susu botol pd nya. Dan mlm tu, aku terpaksa balik sb badanku lemah2... aku minta maaf pd Hannah sb tk dpt tgu dia di wad dan aku janji esok aku akn beri susu bdn pd nya. Hannah senyum..... dan tatkala tu, air mataku mengalir..... Hannah senyum seolah-olah mengerti kata-kataku....... Subhanallah... itulah senyuman penawar yg pertama dr Hannah............ dlm perjalanan pulang, aku menangis lg.... tp aku cpt2 kesat air mata bila teringatkan senyuman Hannah td..... Hannah esok ummi akan gagahkan diri dtg tgk Hannah..........

05-05-2007
Pg ni aku mkn nasi cpt2, aku nk tgk hannah.... mlm td bdn sakit2 dan tk dpt tidur.. tiap kali terjaga, aku nangis sb terkenangkan hannah.. baru 1 mlm dia bersamaku dirumah, dah kene duduk wad semula... Hannah, ummi sayang Hannah. Hari ni aku tunaikan janji pd Hannah, aku nk breastfeed Hannah. Semlm masa aku janji gitu Hannah senyum kat aku... luluh semua keperitanku melahirkan dia tatkala melihat senyuman Hannah semalam...
Masa di wad aku tanya nurse bila Hannah boleh keluar, nurse ckp blood test result paling lama 5 hari.. aduh, aku dh mcm kucing hilang anak kat rumah tidur tanpa Hannah, mana mungkin aku sanggup tunggu 5 hari.. Ya Allah pulangkan Hannah ku secepat nya dlm keadaan yg sihat......

06-05-2007
Hari ni aku tak dtg tgk Hannah sb aku tgh berurut.. Aku suruh husband dtg jenguk Hannah. Melalui husband ku, aku dpt berita ttg Hannah. Terlerai sedikit rinduku pd nya.. Hannah, esok kalau ummi sihat, ummi dtg ya.. Ummi rindu sgt sgt kat Hannah.. Baru aku tahu erti rindu seorg ibu pd anaknya... RIndu yg tak terhingga... apetah lg anak itu baru berusia sehari dua... aduhhhhh....... rindunya aku pd Hannah.....

07-05-2007
Hari ni aku cadang nk tgk Hannah, tp pg2 lg hospital dah call kata Hannah dh bleh discharge.. Alhamdulillah, akhirnya ummi dpt menatap wajah Hannah di rumah. Ku sampaikan berita itu pd suamiku, katanya nti tgh hari dia dtg ambil Hannah di wad. Pg2 lg muka ku berseri2, tk sabar nk tunggu Hannah pulang. Aku kemas2 tmpt Hannah tidur, baju2 Hannah, kelengkapannya.. Hannah, ummi rinduuuu...
Tgh hari tu Hannah pulang, aduh, kulihat tangannya penuh kesan jarum smpai lebam. Sedih aku tgk tgn kecil itu diperlakukan sebegitu. Tapi nk buat mcm mana, utk Hannah sihat, doktor kene masukkan ubat melalui drip. Hannah pulang dibekalkan dgn ubat antibiotik, kulihat kesan ruam nya dh berkurangan. Hannah sihat cuma cirit birit je... mungkin sb tk serasi dgn susu botol yg diberi di hospital.
Pulangnya Hannah ke pangkuanku meredakan sedikit kekusutan ku.. Alhamdulillah, Hannah ku dah pulang kepangkuanku... tapi Hannah dibekalkan dgn antibiotik yg perlu dihabiskan utk jangka masa beberapa hari lg.. tak mengapalah, moga2 Hannah sembuh sepenuhnya....
Mlm ni, tidurku bertemankan tangisan Hannah.... Hannah ku sayangggggg... buah hati ummi.................





Yanie doakan smoga Hannah cepat sembuh. Fiza kena kuatkn semangat. Jgn terlalu sedih nanti menganggu tahap kesihatan Fiza. Anggaplah ini ujian dr Yang Maha Esa. Bila ujian sebegini datang, teringat Yanie dgn keperitan ibu & ayah dalam melahir, membesar dan mendidik kita sehingga dewasa.

Fiza bersabar k.
Tue 22-May-2007 05:08
Posted by:Misyanie


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.