|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
unexpected suprise!
|
|
here is the suprise!!!
Actually mmg dr bulan lepas sejak balik penang tu aku dh rasa mcm lain macam but taknak sangka apa-apa lg... when the time aku pening2 masa dlm perjalanan, pening masa naik buaian... pastu ramai org kata aku gemuk sikit... ahhh malas la nk fikir...
but when puasa started, aku dh rasa lain macam.. naluri tu kuat kata bulan puasa ni dpt puasa penuh... wekekekekekkeke...
and when my 'best friend' didn't come on time, it's delay 2 days... i beg my hubby to buy the UPT... and that's the result... a double clear line appear... and, automatically hannah will be a sister next year, insya Allah.....
Patut lah lately dia manja ya amatttt dgn aku... pastu aku dukung anak akak aku pun dia jeles... dia cubit aku... rupa-rupanya dia pun tau 1 hari nti dia akan berkongsi kasih... hemmm hannah... hannah... mama tetap sayang hannah la.... i love u so much!
Well seems like i have to go thru everything all over again..........
uhhh... God, thanks for the precious gift and please bg aku kekuatan utk menghadapi 40 minggu nan indah ini.........
Based on last menstrual date calculator (as at 15th Sept 2008)
| Quote: | Your due date is May 16, 2009.
Your baby was conceived around August 23, 2008.
Your first trimester begins August 09, 2008.
Your second trimester begins November 02, 2008.
Your third trimester begins February 15, 2009.
There are 243 days left until your due date.
You are 5 weeks and 2 days pregnant. Your baby is approximately 2 mm long. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Potrait...
|
|
Just download this software... got from mama aqilah
Thanks sis.. it's so wonderfullllll.......... :flower:
And these are my 1st attempt...
Walla!!!
However, haven't got enough time to try all the functions.. will try later..
Anyone wanna try..........?
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam ramadhan...
|
|
Daripada:
Mohd Faisal
Nor Hafizah
Nur Hannah Farisha
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-51
|
|
Daripada:
Mohd Faisal
Nor Hafizah
Nur Hannah Farisha
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Aug-2008 02:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
hakikat perkahwinan
|
|
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Aug-2008 02:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI
|
|
40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama..
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24.Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah jahit sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya,semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37.Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Aug-2008 22:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
warded again......
|
|
huihhhh anak ciri birit? jgn pandang ringan... nak nak kalo disusuli dgn muntah-muntah dan hilang selera.... nk share xperience my daughter...
my daughter, hannah warded kat pusrawi hampir 1 minggu due to diarrhea, muntah² dan hilang selera makan.... at first dia muntah².. then i tot dia termakan something yg ada telur sb dia alergi telur.. but then tgk dia takmo susu.. pastu muka lesu semacam.. then ptg start cirit... muntah non stop.. bw klinik, doktor bg ubat ors utk cirit, then ubat tahan muntah, ubat demam dan cirit birit.. tp mlm lps bg makan ubat still tak ok..masuk ubat bontot utk tahan muntah, still tak ok.. refer balik kat klinik ptg td.. then doktor terus suruh pegi hospital..
budak sakit wat muka seposen.. hehehehehe
tangan kene drip.
otw ke hospital, suhu badan naik sampai nearly 40°C... dah takut sgt sb dia ada history kene sawan.. trus masuk ER pusrawi jln tun razak.. then trus masuk ubat bontot.. masuk drip air... menjerit-jerit hannah.. sb dia dh fobia baring atas katil hospital... masa tu mmg dia lembik sgt-sgt.. saya dukung, dia sandarkan kepala kat bahu saya.. kesian tgk..
then masuk wad.. mlm tu start berkampung kat wad.. 1st day cirit nk dekat 10 kali sehari tu... muntah² banyak smpai tukar bj brape kali tk tau le... doktor bg antibiotik, masuk drip air, bg ubat cirit.. tak jalan.. still cirit.. tak lalu mkn langsung... 2nd day doktor monitor lagi.. tak jalan gak ubat tu.. 3rd day tukar ubat... yg ni strong sket, kene masuk ubat melalui drip.. tu pun dia melalak sb pedih... camne la rasanya.. nurse kata org dewasa kalo masuk ubat tu pun rs sakit, ni kan pulak budak sekecil hannah..... kesian hannah. dh la tk lalu mkn, minum susu je muntah.... huhuhuhuhu..
4th day, dh ok muntah².. start minum susu sikit... 2 oz.. 3 oz... tp cirit dh tak keluar ape.. air semata... berapa diaper ganti 1 hari tk tau ler... dah la dia rimas drip kat tgn dia tarik smpai berdarah.. kene ganti balik drip tu.. melalak lg..
Dah bosan duk wad lama sgt, asyik ajak jalannnn je.. dh brape kali mama bawa tawaf hospital tu.. suh masuk ER la.. masuk situ, masuk sini.. sib baik tak ajak tawaf kat wad ICU.. kang mama yg pengsan...
5th day, dh ok sikit sejak tukar ubat.. tp doktor tk bg balik lg... 6th day tgk still cirit tp 1 hari tu 4 kali je.. cont ubat dlm drip smpai kul 4 ptg.. kul 5 lebih baru bleh keluar wad...
dh baik baru la bleh senyum² masa main.. masa ni tgh tgu nk discharge...
Masa kat hospital tu doktor bg ubat ape ntah namanya tp ubat tu mengandungi kuman yg selalu ada dlm susu kultur.. cth vitagen.. tp dlm ubat ni ada beribu-ribu kuman tu utk cuci usus... sb usus hannah masuk kuman...
Masa kat wad baru teringat, hannah share makan dgn hamster a day before.. sb tu dia cirit birit, muntah².. hehehehehhehehehee....
tu la pengajaran.. kalo anak diarrhea, jgn biarkan.... nti dia dehidrate dan lemah... elok masukkan kat wad je.. saya pasrah rela hati tgk tgn hannah kene masuk drip, rela dia masuk wad dr duk rumah, ulang alik klinik tp tak baik².. kdg² kita jg kat rumah bukan btul pun.. biarlah duduk kat wad, doktor ada, nurse ada... burn cuti raya semata-mata utk anak.. huhuhuhu...
alhamdulillah dh ok skrg, selera makan makin bertambah... suka tgk dia dh sihat...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Aug-2008 09:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Food poisoning >> I'm suffering.... huhuhu
|
|
Anyone knows the cure? Please help me.. i am currently suffering due to food poisoning.
Aku suspect lauk nasi campur kat pasar tmn tun yg aku beli ari tu lah... aku rasa sayur nangka masak lemak tu dh terbasi la.. ataupun dh lama terdedah... hemmm tp dh nasib aku nk wat camne..
aku dh gi klinik, doktor siap bg injection.. tp tak ok gak.. tersiksa aku ulang alik gi toilet.. pastu ape yg aku mkn sume keluar balik... huhuhuhuhu.. hannah plak bila dia nmpak aku terbaring je.. dia pun mula la jeles... dia ajak aku main... dia ketuk aku, dudukkan perut aku.. aduyaiiii aku sabo je le dgn budak kecik ni.. sib baik la budak kecik, kalo budak beso dh lama aku pelesinggggg melekat kat dinding... wakakakakakakakakaka...
pastu time-time aku sakit ni la dia nk manja-manja dgn aku... aduiii slow-slow aku pujuk dia, bg tau "mama sakit, hannah main la sorang2.."... dia wat muka seposen je... adehhhhh.. sib baik la ko comel hannah oiii.. sayanggg dia, nti mama sihat, mama main dgn hannah ok?
Ni ada sikit info pasal keracunan makanan........... agak² kalo aku pegi hospital, kene warded la gamaknye.. takmo ah.. nti aku rindu kat hannah. sape nk jaga dia? oh tidakkkk..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Keracunan Makanan?
Keracunan Makanan adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami
- Loya dan muntah
- Memulas dan sakit perut
- Cirit-birit
- Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada:-
- Ketahanan seseorang
- Jenis racun
- Jumlah racun yang termakan
- Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan ?
Punca utama ialah makan makanan yang:-
- Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (“shell-fish”) dan sebagainya.
- Tercemar oleh kuman yang merbahaya
- Tercemar oleh bahan-bahan kimia
- Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
Bagaimana Cara Jangkitan?
- Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
- Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
- Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
- Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
- Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
- Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
- Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
- Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
- Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
- Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
- Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya …………..
- Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan
- Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
- Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
- Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
- Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
- Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
- Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
- Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
- Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
- Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
- Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Aug-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
anak sapa la yg bijak nih... hahaha
|
|
ahahaha... aku pakai spek itam.. pastu dia cabut.. dia letak kat kepala cmni.. dia ingt cekak rambut.. adeihhhh.. bijak... bijak..
comel plak tuh.. dh beso sure kuat melaram budak sepet nih... hehehehe
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aksi² hannah
|
|
Jom layan beberapa aksi Hannah yg sempat aku snap sebelum-sebelum ni...
Aksi main bakul...
Aksi makan mangga...
Aksi main tapis..
Aksi tidur...
Aksi kantoi....
Aduyaiiii hannah.. hannah.. dia sorang je kat rumah tu dh bleh jd penyeri... kecoh 1 rumah kalau dia buat aksi... anak mama
|
|
|
|
|